Nuffnang Ads

Sunday, September 14, 2014

Part 2…tanggal 24 november 2013 bertarung keseorangan mampukah????

Sampai di PMC, awal2 aku ajak Ecah dan Kak As teman aku g daftar n terus g sarapan. Pagi tu aku minum milo suam campur marjerin sikit, nasi goreng, 1biji telur separuh masak, 1 bijik telur suku masak (bole refer kat buku  panduan sebelum kelahiran)..kemudian minum minyak selusuh yg mak aku suh simpan n bawak pg mana2, dah standby dalam kereta, minum pun dekat kereta…mula2 mg xsakit, masa makan telur tu da rasa lain macam, tapi aku gagahkan untuk habiskan makan…

Kami masuk jumpa Doctor, masa tu kain dah basah melimpah ruah ketuban keluar, tapi mg xrasa sakit, Cuma rasa kecut lutut je..perut tak kecut lagi heheh…Doctor Idris kalu tak silap, dia suh aku duduk atas kerusi tapi aku xnak, dia cakap xpe duduk je, sekali aku duduk terkejut Nurse bila kerusi tu basah..dia xperasan aku dah lencun sb aku pakai skirt hitam…then dia turus kata naik wad terus la dah nak bersalin ni…

Dengan cemas nya Doctor n Nurse panggil pakcik sorong Wheelchair..tapi aku cakap Doctor saya leh jalan sendiri, tapi pakcik pun tiba dengan gembira pakcik tu cakap naik2, kalu nak naik wad kena naik Wheelchair kalu tak xsamapai, so aku pun terpaksa la naik..pakcik maharaja lawak pun tolak la aku dgn gembira dan buat lawak nya hahaha antara lawak pakcik sebelum aku bersalin “tadi ada 1 pasangan dr terengganu, namanya 1 dollar, aku pun pelik ada ke pakcik nama org 1 dollar, adaa pakcik pernah jumpa 1 dollar = Wan Dollah” hahhahha aku pun bantai gelak sb kena dah gan pakcik ni…so aku pun pg la admit wad dengn gumbira…dah lupa nervous nak bersalin..

Sengaja amik bilik VIP ada TV n bilik air sendiri, mgg classs n selesa betul, sbnya dah tahu kena bertarung sakit berseorangan, so kena kuat kan mental n fizikal…Nurse suh tukar baju kaler maroon, makan n telan ubat sebijik, masa tu aku dah rasa xada mood, so aku telan jela. Aku xada mood sb nak asben ada, tapi asben mmg xboleh keluar hari ahad tu, PULAPOL ada exam, ahad utk diaorg study la konon..aku pun bg no phone suh Nurse call cakap aku dah nak bersalin…xlama tu suami pun curi2 call, dia tanya aku ada kat mana, aku cakap kat wadla, dia pun terkejut beruk kejap, sb dia ingatkan salah org, (kawan yg aku tlg semalam nama Hasbullah tu) sb semalam aku masih kuat lagi. Dia cakap kat aku nak suh balik ke, kalu nak datang dia kena balik pula malam ni, kalu nak suh dia cuti  3hari, kena tunggu dia selesai exam hari rabu..so aku pun cakap xpela, tunggula rabu nt kalu tak sape nak anta kami balik kampung berpantang nanti.. masa tu walaupun aku yang xbagi dia datang, tapi hati kecil seorag wanita yang konon2 kuat pun jatuh juga, xapala ni pengorbanan isterii..masa ni la hati bersedih, memujuk diri sendiri supaya kuat dan tabah..masa tu juga smpat minta ampun dan maaf..(dah call MIL awal2 lagi)…

Selesai drama dalam talifon, Nurse datang lagi, sumbat ubat julab dlm punggung, jadi aku pun membuang xsampai dalam masa 10 minit selepas dijulabkan, aku mula sakit start jam 11.30 kalu aku xsilap..tapi tu sakit slow2 je, sakit 5minit aje,  yang start sakit betul 4cm lepas zohor, masa tu mak aku pun dah sampai, mak pegang perut aku, tetibe hilang rasa sakit, bukan tipu betulll ni sumpahhh memang org lain pegang rasa sakit, tapi bila mak pegang tak sakit n baby pun bertenang. 

Kemudian  dalam kul 2pm Nurse dah suh ambil injection masa tu 4cm, masa tu dah kali ke3 dia pujuk aku ambil injection tapi aku xmau, sb aku nak rasa sakit bersalin betul2,  tapi aku dinasihatkan ambil utk cptkan proses bersalin, kerana air ketuban semakin berkurangan..jadi aku pun terima la.. then lepas tu kelam la dunia seketika aku tertidur.

Sedar2 kul 4.30 rasa mcm nak g toilet melepaskan hajat..tapi diaorg xbagi bergerak sb dah pasang tiub kencing, Nurse pun masuk tgok dah 10 cm..kelam kelibut bw aku pg Labour Room, aku minta kat Nurse saya nak buang air besar dulu, xtahan dah ni, Nurse cakap “bukan awak dah nak bersalin nii tunggu Doctor datang!!”..Ada la 3 kali aku mintak pg toilet..Kak Long aku yg jadi peneman pun pujuk aku cakap ni la sakit nak bersalin..sebenarnya aku xla sakit sangat cuma nak buang air besar sgt, aku takut terbuang air besar pula kat cni…Tapi Nurse suruh duduk mengiring, tapi dah xleh duk mengiring dah sb masa tu baby dah nak keluar sangat, akhirnya aku terlentang juga. Tetiba Doctor datang dalam keadaan kelam kabut, aku sempat tgok jam mastu dalam jam 4.45pm dan suruh aku push..aku push 3kali dengan bantuan tangan kak long yang memapah aku dari belakang dan tepi…terima kasih kak long budi mu tidak terhingga, Allah saja yang mampu membalasnya…Mungkin kuat aku genggam tangan kak long, mungkin sakit…Akhirnya dengarla tangisan Mohamad Ammar Naqif, Nurse letak kejap atas perut, kemudian dia amik bersihkan…Allhamdullillah syukur kepada mu Ya Allah, dengan rahmat mu yang amat kuasa dan besar... masa tu jam lagi 2-3 minit nak pukul 5pm..pastu aku pun kelammm lagi…the endd part 2

No comments:

Post a Comment