Nuffnang Ads

Saturday, December 13, 2014

Bawa diri dan hati....

Lailahaillaallah....tajuk blog bawa diri dan hati...fefeling macam emo aje this week...yer...kdg2 terasa nak pergi ke satu tmpat yg jauh berdua bsama anakanda tercinta..bukan lari dr masalah...bukan lari dr manusia...tp kdg2 perlu masa untk diri sndiri..tempat tu jauh...mungkinkah Makkah mungkin Madinah...tapi yg pasti kat situ xkenal kita, xada org yg xsuka kita, xsayang kita, xsenang dgn sikap kita...ye minggu ni sgt mberi kesan yg dalam....sehingga terasa di segenap urat jantung yg mengcengkam...terasa diri ini bebanan kepada mereka, mereka dan mereka semua...satu hari kami pergi....hanya berdua...


Thursday, December 4, 2014

Haiii...

Disember 2014...bulan yang sibuk...tapi hati terlalu terlalu gatal nak menaip di blog..owh rindunya blog yang xde pengunjung ni..hehehe xpe yang penting sedikit sejarah tercatit di dalamnya..

Ok..nak kongsi gambar Ammar Naqif masa ni dia baru 7 bulan gemuk..skrg kurus...sekarang dah 1tahun,
apa pun xpandai hehehhe jalan xpandai lagi..kira nak berkepit je gan mumy..

Wednesday, September 17, 2014

Kisah Klasik Untuk Ammar Naqif #konjekonji

Ammar, mummy sayang Ammar..bukan kerana harta dunia..tapi mummy sayang Ammar kerana Ammar amanah Allah SWT..mummy sayang Ammar kerana mummy diamanahkan oleh Allah untuk jaga dan sayang Ammar..mummy harap Ammar membesar dengan baik dan jadi budak yang baik..

Ammar macam-macam ikhtiar mummy dan babah untuk dapatkan zuriat, akhirnya setelah hampir 3 tahun menanti, Allah permudahkan rezeki untuk mummy..mummy sangat bersyukur..bulan 3 2013 mummy dapat tahu ada Ammar dalam perut mummy..dan masa tu babah pula ditawarkan jawatan baru yang mumy harap-harapkan supaya keluarga kita dapat bersatu dan bahagia dunia dan akhirat..

Ammar masa mengandungkan Ammar, mummy keseorangan, babah tak ada dengan kita, masatu babah tranning di PULAPOL...tapi mummy tak kisah sb mummy seronok ada kawan dalam perut mummy, ada Ammar..nama Ammar mummy dah letak sejak awal lagi tapi mummy xberani nak panggil sb mummy xtau jantina Ammar..

Masa tu 11 Jun 2013, hari lahir mummy yang ke 28, mummy dapat surat dipindahkan tugas ke Jabatan Audit Dalaman..walaupun masa tu Ammar dalam perut mummy, tapi mummy xkisah mummy bawa Ammar dalam perut kemana2 saje..mummy janji mummy xnak merungut, sebab mummy tahu Allah telah kurniakan seribu pahala kepada mummy semasa mengandungkan Ammar..

Mummy nak senaraikan perjalanan mummy dan Ammar masa Ammar ada dalam perut mummy :
  1. Julai 2013 Tumpat, Pengkalan Kubur, Kota Bharu Kelantan
  2. Ogos 2013 Kinta, Perak
  3. September 2013 Bachok, Kota Baru Kelantan
  4. Oktober 2013, Batang Padang, Perak

Mummy cukup seronok dengan perjalanan kerja mummy..alhamdullillah Ammar semuanya mudah buat mumy..tiba-tiba mummy jatuh cinta dengan kerjaya baru mummy…

Tahun 2014, Ammar mula kena ikut mummy berkerja luar lapangan..kemana mummy bawa Ammar??
  1. Febuari 2014, Shah Alam – mummy tinggalkan Ammar dengan cik Sarah, mummy balik hari-hari
  2. Mac 2014, Seremban – Mummy tinggalkan Ammar dengan babah seminggu, masa tu babah baru keluar PULAPOL
  3. April 2014, Kepong – dekat sangat, mummy hari-hari hantar Ammar pada mama Zai pengasuh baru Ammar.
  4. Mei 2014, Hulu Langat – Mummy berulang hari-hari, Ammar duduk rumah mama Zai
  5. Mei 2014, Sibu – Mummy tinggal Ammar dengan tok, Ammar cukup seronok main dengan sepupu dan makan banyak sampai gemuk.
  6. Jun 2014, Kuantan – kita tumpang umah mak teh, mak teh dan cik ain yang jaga Ammar time cuti sekolah.
  7. Jun 2014, Kulai Jaya – tok Penang jaga Ammar kat Batu Pahat, kita duduk rumah babah.
  8. Julai 2014, Alor Gajah – Mummy cari pengasuh cik Ani, masa ni Ammar dapat kawan baru namanya Afif.
  9. Ogos 2014, Kuala Kangsar – mummy cari pengasuh tumpang kat Taska..first time Ammar dapat ramai kawan kat sekolah..

Tapi demi Ammar, demi babah, demi kita sekeluarga, Mummy tekad kali ni kita kena mohon pindah duduk dekat dengan babah, kesian babah, rindu Ammar hari-hari..kita doa hijrah kita kali ni membawa sejuta kebaikan dan kebahagian di dunia dan akhirat…


Ammar masa ni dah 9 bulan, harap-harap Ammar pun doa sama macam mummy..Mummy sayang Ammar….Mummy tak sanggup tengok Ammar tak sihat sebab terpaksa ikut mummy kemana-mana, ikut mummy kerja awal pagi dan balik malam…

Sunday, September 14, 2014

Part 3...Akhirnya bergelar Mummy



Bisingnya,aku kat mana ni, buka mata nampak jam pukul 7pm, Nurse pun datang n pindahkan aku yg mamai…dalam bilik xada orang...Nurse cakap diaorang dah balik tanam uri, baby sihat tapi kena duduk dlm bilik bbaby dulu sb takut kena jangkitan kuman..so aku pun diam aje, xboleh tdo pun..Hari Ahad 24 November 2013 Ammar lahir 3 hari awal, xsama gan tarikh babahnya 27 november, tapi dekat2 dah tu boleh celeb sekali..nk tgok baby sangat2 dia…xlama pastu aku call kak teh n dia suh abg aku aku anta gamba baby ammar, sungguh cute…dalam kain berwarna maroon…semoga menjadi anak yang soleh didunia dan akhirat…Alhamdullilah dengan kurniaan Mu Ya Allah..

Part 2…tanggal 24 november 2013 bertarung keseorangan mampukah????

Sampai di PMC, awal2 aku ajak Ecah dan Kak As teman aku g daftar n terus g sarapan. Pagi tu aku minum milo suam campur marjerin sikit, nasi goreng, 1biji telur separuh masak, 1 bijik telur suku masak (bole refer kat buku  panduan sebelum kelahiran)..kemudian minum minyak selusuh yg mak aku suh simpan n bawak pg mana2, dah standby dalam kereta, minum pun dekat kereta…mula2 mg xsakit, masa makan telur tu da rasa lain macam, tapi aku gagahkan untuk habiskan makan…

Kami masuk jumpa Doctor, masa tu kain dah basah melimpah ruah ketuban keluar, tapi mg xrasa sakit, Cuma rasa kecut lutut je..perut tak kecut lagi heheh…Doctor Idris kalu tak silap, dia suh aku duduk atas kerusi tapi aku xnak, dia cakap xpe duduk je, sekali aku duduk terkejut Nurse bila kerusi tu basah..dia xperasan aku dah lencun sb aku pakai skirt hitam…then dia turus kata naik wad terus la dah nak bersalin ni…

Dengan cemas nya Doctor n Nurse panggil pakcik sorong Wheelchair..tapi aku cakap Doctor saya leh jalan sendiri, tapi pakcik pun tiba dengan gembira pakcik tu cakap naik2, kalu nak naik wad kena naik Wheelchair kalu tak xsamapai, so aku pun terpaksa la naik..pakcik maharaja lawak pun tolak la aku dgn gembira dan buat lawak nya hahaha antara lawak pakcik sebelum aku bersalin “tadi ada 1 pasangan dr terengganu, namanya 1 dollar, aku pun pelik ada ke pakcik nama org 1 dollar, adaa pakcik pernah jumpa 1 dollar = Wan Dollah” hahhahha aku pun bantai gelak sb kena dah gan pakcik ni…so aku pun pg la admit wad dengn gumbira…dah lupa nervous nak bersalin..

Sengaja amik bilik VIP ada TV n bilik air sendiri, mgg classs n selesa betul, sbnya dah tahu kena bertarung sakit berseorangan, so kena kuat kan mental n fizikal…Nurse suh tukar baju kaler maroon, makan n telan ubat sebijik, masa tu aku dah rasa xada mood, so aku telan jela. Aku xada mood sb nak asben ada, tapi asben mmg xboleh keluar hari ahad tu, PULAPOL ada exam, ahad utk diaorg study la konon..aku pun bg no phone suh Nurse call cakap aku dah nak bersalin…xlama tu suami pun curi2 call, dia tanya aku ada kat mana, aku cakap kat wadla, dia pun terkejut beruk kejap, sb dia ingatkan salah org, (kawan yg aku tlg semalam nama Hasbullah tu) sb semalam aku masih kuat lagi. Dia cakap kat aku nak suh balik ke, kalu nak datang dia kena balik pula malam ni, kalu nak suh dia cuti  3hari, kena tunggu dia selesai exam hari rabu..so aku pun cakap xpela, tunggula rabu nt kalu tak sape nak anta kami balik kampung berpantang nanti.. masa tu walaupun aku yang xbagi dia datang, tapi hati kecil seorag wanita yang konon2 kuat pun jatuh juga, xapala ni pengorbanan isterii..masa ni la hati bersedih, memujuk diri sendiri supaya kuat dan tabah..masa tu juga smpat minta ampun dan maaf..(dah call MIL awal2 lagi)…

Selesai drama dalam talifon, Nurse datang lagi, sumbat ubat julab dlm punggung, jadi aku pun membuang xsampai dalam masa 10 minit selepas dijulabkan, aku mula sakit start jam 11.30 kalu aku xsilap..tapi tu sakit slow2 je, sakit 5minit aje,  yang start sakit betul 4cm lepas zohor, masa tu mak aku pun dah sampai, mak pegang perut aku, tetibe hilang rasa sakit, bukan tipu betulll ni sumpahhh memang org lain pegang rasa sakit, tapi bila mak pegang tak sakit n baby pun bertenang. 

Kemudian  dalam kul 2pm Nurse dah suh ambil injection masa tu 4cm, masa tu dah kali ke3 dia pujuk aku ambil injection tapi aku xmau, sb aku nak rasa sakit bersalin betul2,  tapi aku dinasihatkan ambil utk cptkan proses bersalin, kerana air ketuban semakin berkurangan..jadi aku pun terima la.. then lepas tu kelam la dunia seketika aku tertidur.

Sedar2 kul 4.30 rasa mcm nak g toilet melepaskan hajat..tapi diaorg xbagi bergerak sb dah pasang tiub kencing, Nurse pun masuk tgok dah 10 cm..kelam kelibut bw aku pg Labour Room, aku minta kat Nurse saya nak buang air besar dulu, xtahan dah ni, Nurse cakap “bukan awak dah nak bersalin nii tunggu Doctor datang!!”..Ada la 3 kali aku mintak pg toilet..Kak Long aku yg jadi peneman pun pujuk aku cakap ni la sakit nak bersalin..sebenarnya aku xla sakit sangat cuma nak buang air besar sgt, aku takut terbuang air besar pula kat cni…Tapi Nurse suruh duduk mengiring, tapi dah xleh duk mengiring dah sb masa tu baby dah nak keluar sangat, akhirnya aku terlentang juga. Tetiba Doctor datang dalam keadaan kelam kabut, aku sempat tgok jam mastu dalam jam 4.45pm dan suruh aku push..aku push 3kali dengan bantuan tangan kak long yang memapah aku dari belakang dan tepi…terima kasih kak long budi mu tidak terhingga, Allah saja yang mampu membalasnya…Mungkin kuat aku genggam tangan kak long, mungkin sakit…Akhirnya dengarla tangisan Mohamad Ammar Naqif, Nurse letak kejap atas perut, kemudian dia amik bersihkan…Allhamdullillah syukur kepada mu Ya Allah, dengan rahmat mu yang amat kuasa dan besar... masa tu jam lagi 2-3 minit nak pukul 5pm..pastu aku pun kelammm lagi…the endd part 2

Thursday, September 11, 2014

Detik kelahiran..Part 1

Sejarah yang panjang dan telah lama di tinggalkan untuk diabadikan didalam blog yang sepi ini..waaaaaa..lama nya nak review balik kisah bersalin kami..tapi xperla ni untuk tatapan Muhamad Ammar Naqif bila besar nanti…

Al kisahnya bermula dari pagi sabtu 23 november 2013 yang indah, apabila dikhabarkan Encik suami diberi pelepasan keluar pada hujung minggu (masa tu dia masih di PULAPOL)...wahhh seronok tak terkira-kira nak jumpa suami..punya le kelam kabut bersiap dan nervous nak tunggu due date bersalin 27 november 2013 (sama tarikh gan bestday incik suami). Kebetulan masa tu ada janji dengan kawan baru (yg kenal di fb) sama senasib gan aku (nak beranak time suami di PULAPOL). Masa tu dia dah nak bersalin czer sb terlalu sakit sangat..so aku janji nak tumpang kan husband dia utk bawa pergi hospital (maklumla susah dapat teksi bila abam botak PULAPOL 400 orang keluar ramai2).
Kelam kabut mengemas baju nak tdo rumah kawan baik dari zaman U kat Sentul, punyala hepy akhirnya siap la juga..dumm pintu depan di tutup rapat bila keluar pakai kasut..ok nak buka grill, mana kunci grill??? Laaa lupa nak amik kunci grill dan kunci rumah n kunci kereta kat atas meja makan tu..huaaaaa menangis tak berlagu bila berada di tengah2 ruang antara pintu dan grill yang hanya sedepa tangan huhuhuhu…panic sangat…Terpaksa call tuan rumah suh bawa kunci rumah..huhuhu tunggu punya tunggu dekat 1jam berdiri dengan perut buncit tunggu hari nak bersalin, nak duduk xboleh nak berdiri lama2 pun xboleh, jadi terpaksa duduk n bangun sekejap2 tak bagi kaki krem, dalam 1 jam 30 minit gtu tuan rumah pun sampai bawa kunci spare…sebelum tu kena tadah telinga dengar ceramah dulu..dia membebel “eh u ni bahaya taw dah dlam keadaan mcm ni u still selalu lupa, tertinggal kunci dalam rumah, bahaya kalu jadi apa2, kalau I duk jauh u xboleh keluar, dah berapa kali I pesan”

Huhuu yola nak terlupa nak wat mcamana, ada la dah lebih 3 kali dia terpaksa datang bukakan pintu rumah huhuhu…Okkk dah boleh keluar yeay akhirnya pecut dengan laju terus ke PULAPOL, sampai di PULAPOL  abang botak n suami kawan tu dah tunggu (ok nama kawan aku N, suami dia nama Hasbullah, dekat2 gan nama asben Abdullah)..kemudian aku terus la anta suami dia pergi klinik bersalin kat kepong, jumpa2 dia jap, pastu kami terus pergi makan dan balik rumah kemas barang apa yang patut..tepat kul 4 kami keluar beli barang2 keperluan dan pulangkan encik suami ke PULAPOL, sb kul 5 smua gate dah tutup..

Aku pulak terus bermalam di rumah aley suzana kawan baik di Sentul Timur...Aley pula sibuk masa tu dgn  kerja, jadi aku lepak bersama my x housemate  juga, ecah n kak as, malam tu kami pergi makan2 di kedai kat sentul dekat gan rumah. Selalu kalu makan malam mesti order air kelapa…tetibe balik dari makan n mendaki tangga ke tingkat 4 aku pasan ada air keluar masa di tangga tingkat 3, tapi aku biarkan aje…


Then tercunggap2 sampai tingkat 4, rasa sakit2 kat tulang pinggang, aku biarkan aje sb ingat rasa sengal, makin lama makin sakit pula tulang belakang pinggang ni, eh!! disusuli dengan keluar air, ingatkan aku terkucil dalam seluar, aku amik minyak dan sapu di pinggang n baring n terus tdo.tetiba aku tersedar kam 4.30 pagi masa tu nak g toilet nk terkucil, tp xkucil lg tilam da lembab, (nasib baik kena kat kain batik aje)..then aku tdo semula..tetibe kul 6.30 pagi aku terasa ada air megalir mgejut..aku perasan tu bukan air kucil, then aku bangun blurrr dia keluar air, terkejut sangat2, aku pergi mandi n xpasti air apa ni…pukul 7am aku call mak aku, n mak cakap itu air ketuban n pergi hospital segera..oleh kerana tak sakit, aku pun relax2 ambil baju utk iron dan text aley suzana (dia bangun pagi2 nak p bermarathon) masa iron baju tetiba ecah tergopoh gapah bangun dan ckap “eh ko nak bersalin ke?? sempat iron baju. Eli call aku suh anta kop g hospital..aku pun xrasa apa2 lagi n sengeh ajer...hehhehe.. seterusnya kami ke Putra Medical centre, sg buluh. Bersambung part 1...nanti sambung yer...

Wednesday, September 10, 2014

Dugaan melanda

Deman, batuk, kahak, asma, jangkitan kuman dalam darah, dalam paru-paru...fail aku sebagai seorang ibu...Muhamad Ammar Naqif Abdullah dah seminggu tak sihat, aku pun turut demam..kagagalan aku sebagai seorang ibu yang berkerjaya membesarkan anak dari bayi berseorangan... apalah daya aku ini hanya hamba yang lemah dan hina, yer semua orang cakap aku kena kuat, tapi kuat kah orang yang cakap itu bila berdiri di tempat aku??????????????? adakah dia sekuat dan segagah aku??? pernahkan dia fikir bila berada ditempat aku??? terlupakan dia hanya Allah juga yang lebih kuat dan kuasa dalam alam yang seketika ini????...(kecil hati dalam diam)....