Ammar, mummy sayang Ammar..bukan
kerana harta dunia..tapi mummy sayang Ammar kerana Ammar amanah Allah
SWT..mummy sayang Ammar kerana mummy diamanahkan oleh Allah untuk jaga dan
sayang Ammar..mummy harap Ammar membesar dengan baik dan jadi budak yang baik..
Ammar macam-macam ikhtiar mummy
dan babah untuk dapatkan zuriat, akhirnya setelah hampir 3 tahun menanti, Allah
permudahkan rezeki untuk mummy..mummy sangat bersyukur..bulan 3 2013 mummy
dapat tahu ada Ammar dalam perut mummy..dan masa tu babah pula ditawarkan
jawatan baru yang mumy harap-harapkan supaya keluarga kita dapat bersatu dan
bahagia dunia dan akhirat..
Ammar masa mengandungkan Ammar,
mummy keseorangan, babah tak ada dengan kita, masatu babah tranning di PULAPOL...tapi
mummy tak kisah sb mummy seronok ada kawan dalam perut mummy, ada Ammar..nama
Ammar mummy dah letak sejak awal lagi tapi mummy xberani nak panggil sb mummy
xtau jantina Ammar..
Masa tu 11 Jun 2013, hari lahir
mummy yang ke 28, mummy dapat surat dipindahkan tugas ke Jabatan Audit
Dalaman..walaupun masa tu Ammar dalam perut mummy, tapi mummy xkisah mummy bawa
Ammar dalam perut kemana2 saje..mummy janji mummy xnak merungut, sebab mummy
tahu Allah telah kurniakan seribu pahala kepada mummy semasa mengandungkan
Ammar..
Mummy nak senaraikan perjalanan
mummy dan Ammar masa Ammar ada dalam perut mummy :
- Julai 2013 Tumpat, Pengkalan Kubur, Kota Bharu Kelantan
- Ogos 2013 Kinta, Perak
- September 2013 Bachok, Kota Baru Kelantan
- Oktober 2013, Batang Padang, Perak
Mummy cukup seronok dengan
perjalanan kerja mummy..alhamdullillah Ammar semuanya mudah buat
mumy..tiba-tiba mummy jatuh cinta dengan kerjaya baru mummy…
Tahun 2014, Ammar mula kena ikut
mummy berkerja luar lapangan..kemana mummy bawa Ammar??
- Febuari 2014, Shah Alam – mummy tinggalkan Ammar dengan cik Sarah, mummy balik hari-hari
- Mac 2014, Seremban – Mummy tinggalkan Ammar dengan babah seminggu, masa tu babah baru keluar PULAPOL
- April 2014, Kepong – dekat sangat, mummy hari-hari hantar Ammar pada mama Zai pengasuh baru Ammar.
- Mei 2014, Hulu Langat – Mummy berulang hari-hari, Ammar duduk rumah mama Zai
- Mei 2014, Sibu – Mummy tinggal Ammar dengan tok, Ammar cukup seronok main dengan sepupu dan makan banyak sampai gemuk.
- Jun 2014, Kuantan – kita tumpang umah mak teh, mak teh dan cik ain yang jaga Ammar time cuti sekolah.
- Jun 2014, Kulai Jaya – tok Penang jaga Ammar kat Batu Pahat, kita duduk rumah babah.
- Julai 2014, Alor Gajah – Mummy cari pengasuh cik Ani, masa ni Ammar dapat kawan baru namanya Afif.
- Ogos 2014, Kuala Kangsar – mummy cari pengasuh tumpang kat Taska..first time Ammar dapat ramai kawan kat sekolah..
Tapi demi Ammar, demi babah, demi
kita sekeluarga, Mummy tekad kali ni kita kena mohon pindah duduk dekat dengan
babah, kesian babah, rindu Ammar hari-hari..kita doa hijrah kita kali ni
membawa sejuta kebaikan dan kebahagian di dunia dan akhirat…
Ammar masa ni dah 9 bulan,
harap-harap Ammar pun doa sama macam mummy..Mummy sayang Ammar….Mummy tak
sanggup tengok Ammar tak sihat sebab terpaksa ikut mummy kemana-mana, ikut
mummy kerja awal pagi dan balik malam…

No comments:
Post a Comment