Sejarah yang panjang dan telah
lama di tinggalkan untuk diabadikan didalam blog yang sepi ini..waaaaaa..lama
nya nak review balik kisah bersalin kami..tapi xperla ni untuk tatapan Muhamad
Ammar Naqif bila besar nanti…
Al kisahnya bermula dari pagi
sabtu 23 november 2013 yang indah, apabila dikhabarkan Encik suami diberi
pelepasan keluar pada hujung minggu (masa tu dia masih di PULAPOL)...wahhh
seronok tak terkira-kira nak jumpa suami..punya le kelam kabut bersiap dan
nervous nak tunggu due date bersalin 27 november 2013 (sama tarikh gan bestday incik
suami). Kebetulan masa tu ada janji dengan kawan baru (yg kenal di fb) sama
senasib gan aku (nak beranak time suami di PULAPOL). Masa tu dia dah nak
bersalin czer sb terlalu sakit sangat..so aku janji nak tumpang kan husband dia
utk bawa pergi hospital (maklumla susah dapat teksi bila abam botak PULAPOL 400
orang keluar ramai2).
Kelam kabut mengemas baju nak tdo
rumah kawan baik dari zaman U kat Sentul, punyala hepy akhirnya siap la
juga..dumm pintu depan di tutup rapat bila keluar pakai kasut..ok nak buka
grill, mana kunci grill??? Laaa lupa nak amik kunci grill dan kunci rumah n
kunci kereta kat atas meja makan tu..huaaaaa menangis tak berlagu bila berada
di tengah2 ruang antara pintu dan grill yang hanya sedepa tangan huhuhuhu…panic
sangat…Terpaksa call tuan rumah suh bawa kunci rumah..huhuhu tunggu punya
tunggu dekat 1jam berdiri dengan perut buncit tunggu hari nak bersalin, nak
duduk xboleh nak berdiri lama2 pun xboleh, jadi terpaksa duduk n bangun
sekejap2 tak bagi kaki krem, dalam 1 jam 30 minit gtu tuan rumah pun sampai
bawa kunci spare…sebelum tu kena tadah telinga dengar ceramah dulu..dia
membebel “eh u ni bahaya taw dah dlam keadaan mcm ni u still selalu lupa,
tertinggal kunci dalam rumah, bahaya kalu jadi apa2, kalau I duk jauh u xboleh
keluar, dah berapa kali I pesan”
Huhuu yola nak terlupa nak wat mcamana, ada la
dah lebih 3 kali dia terpaksa datang bukakan pintu rumah huhuhu…Okkk dah boleh
keluar yeay akhirnya pecut dengan laju terus ke PULAPOL, sampai di PULAPOL abang botak n suami kawan tu dah tunggu (ok
nama kawan aku N, suami dia nama Hasbullah, dekat2 gan nama asben Abdullah)..kemudian
aku terus la anta suami dia pergi klinik bersalin kat kepong, jumpa2 dia jap, pastu
kami terus pergi makan dan balik rumah kemas barang apa yang patut..tepat kul 4
kami keluar beli barang2 keperluan dan pulangkan encik suami ke PULAPOL, sb kul
5 smua gate dah tutup..
Aku pulak terus bermalam di rumah
aley suzana kawan baik di Sentul Timur...Aley pula sibuk masa tu dgn kerja, jadi aku lepak bersama my x housemate juga, ecah n kak as, malam tu kami pergi
makan2 di kedai kat sentul dekat gan rumah. Selalu kalu makan malam mesti order
air kelapa…tetibe balik dari makan n mendaki tangga ke tingkat 4 aku pasan ada
air keluar masa di tangga tingkat 3, tapi aku biarkan aje…
Then tercunggap2 sampai tingkat
4, rasa sakit2 kat tulang pinggang, aku biarkan aje sb ingat rasa sengal, makin
lama makin sakit pula tulang belakang pinggang ni, eh!! disusuli dengan keluar
air, ingatkan aku terkucil dalam seluar, aku amik minyak dan sapu di pinggang n
baring n terus tdo.tetiba aku tersedar kam 4.30 pagi masa tu nak g toilet nk
terkucil, tp xkucil lg tilam da lembab, (nasib baik kena kat kain batik
aje)..then aku tdo semula..tetibe kul 6.30 pagi aku terasa ada air megalir
mgejut..aku perasan tu bukan air kucil, then aku bangun blurrr dia keluar air,
terkejut sangat2, aku pergi mandi n xpasti air apa ni…pukul 7am aku call mak
aku, n mak cakap itu air ketuban n pergi hospital segera..oleh kerana tak sakit,
aku pun relax2 ambil baju utk iron dan text aley suzana (dia bangun pagi2 nak p
bermarathon) masa iron baju tetiba ecah tergopoh gapah bangun dan ckap “eh ko
nak bersalin ke?? sempat iron baju. Eli call aku suh anta kop g hospital..aku
pun xrasa apa2 lagi n sengeh ajer...hehhehe.. seterusnya kami ke Putra Medical
centre, sg buluh. Bersambung part 1...nanti sambung yer...
No comments:
Post a Comment